Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

PENYESUAIAN SOSIAL

Imej
Penyesuaian Sosial Penyesuaian sosial boleh didefinisikan sebagai satu proses mengadaptasi sesuatu keadaan. Penyesuaian sosial ialah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu. Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan. Seseorang pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan. KEMAHIRAN INTERPERSONAL   Kemahiran antara perseorangan atau kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan komunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu. Kemahiran interpersonal adalah berkait rapat dengan emosi. Kemahiran ini juga berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.  Selain itu, kemahiran ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap o...

KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

 KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT & PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantum idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau diduksi. Penguasaan terhadap aspek kemahiran memproses maklumat akan membolehkan seseorang pelajar itu mengenal pasti nilai maklumat serta menggunakannya untuk membuat sesuatu tugasan atau keputusan tujuan peribadi, profesional atau akademik. Seseorang pelajar yang menguasai kemahiran memproses maklumat berkebolehan untuk mencapai, menilai, menyususn, menyerap dan menggunakan maklumat secara efektif dari pelbagai sumber serta format. Pelajar perlu menguasai kemahiran memproses maklumat kerana ia adalah amat penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Ia memerlukan pembabitan atau penglibatan yang berterusan dalam bidang pembelajaran dan penilaian maklumat. đŸ’—Menganalisis Maklumat yang Dikumpu...

SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)

Imej
SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS) Ditulis oleh : Fatin Afifah Sistem pengurusan pembelajaran atau turut dikenali sebagai  Learning Management System   (LMS)  adalah suatu istilah yang digunakan dengan meluas untuk lingkungan sistem-sistem yang menyediakan capaian kepada perkhidmatan pembelajaran secara atas talian untuk para guru, pentadbir dan sistem. Dalam bahasa yang lebih mudah, lms ialah salah satu aplikasi digital pendidikan untuk membuat pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi ini merujuk kepada pelbagai sumber iaitu meliputi kandungan kurikulum dan topik-topik pembelajaran dari tahap pra-sekolah sehingga tahap universiti. LMS ialah platform pembelajaran digital dan ciri-ciri utamanya adalah seperti nama singkatannya : L - Learning . Dengan menggunakan LMS, seseorang individu lebih mudah membuat rujukan, menyampaikan atau memperoleh kursus atas talian, mengetahui tentang pengumuman penting yang diuar-uarkan serta pelajar lebih mudah berkomunika...