KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

 KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT & PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantum idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau diduksi. Penguasaan terhadap aspek kemahiran memproses maklumat akan membolehkan seseorang pelajar itu mengenal pasti nilai maklumat serta menggunakannya untuk membuat sesuatu tugasan atau keputusan tujuan peribadi, profesional atau akademik. Seseorang pelajar yang menguasai kemahiran memproses maklumat berkebolehan untuk mencapai, menilai, menyususn, menyerap dan menggunakan maklumat secara efektif dari pelbagai sumber serta format.

Pelajar perlu menguasai kemahiran memproses maklumat kerana ia adalah amat penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Ia memerlukan pembabitan atau penglibatan yang berterusan dalam bidang pembelajaran dan penilaian maklumat.

💗Menganalisis Maklumat yang Dikumpul

DEFINISI
Pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi
Kemahiran berfikir asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir dan difahami dengan jelas.
Analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci, objektif, dan gigih

Tujuan
Menganalisis maklumat bertujuan untuk meningkatkan pemahaman
Menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui

💗 KEMAHIRAN MENGANALISIS SECARA KRITIS

(A) Menganalisis Idea
Menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan cara:
Mengelas
Membanding dan membeza
Meneliti perhubungan bahagian keseluruhan
Membuat urutan

(B) Menganalisis Hujah
Mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan dalam pemikiran apabila seseorang mengkomunikasikan idea.
Mencari sebab dan kesimpulan
Mengusul periksa andaian
Membuat urutan
Mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan criteria yang bermakna.
Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek, organism, idea, atau institusi.

Jenis-jenis urutan

Urutan abjad - cth : Senarai nama
Urutan masa - cth : Kesultanan Melaka
Analisis operasi - cth : Prosedur membuat kerja kursus berportfolio
Rangkaian sebab - cth : Kepupusan Dinosaur
Kitar - cth : Kitar Oksigen
Pangkatan - cth : Rancangan kerja mengikut keutamaan


💗 Mentafsir Dan Membuat Kesimpulan

Maklumat dalam bentuk teks boleh ditafsirkan menggunakan kaedah analisis dokumen dengan mendapatkan tema-tema atau menyatakan semula apa yang dikatakan dalam bentuk naratif. Berikut merupakan langkah untuk mentafsir maklumat dalam bentuk teks iaitu:


6.3 Menilai Maklumat

Terdapat dua perkara yang penting untuk menilai maklumat iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan. Maklumat dalam penulisan dilakukan dengan membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan sebab-sebab yang kukuh. Kesimpulan dibuat berdsarkan hasil analisis dan tafsiran yang dibuat.

Penilaian juga dilakukan keatas maklumat yang ingin dijadikan bahan rujukan berdasarkan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai keberkesanan maklumat tersebut. Antaranya ialah :

a)    Autoriti – kebolehpercayaan sesuatu maklumat

b)    Ketepatan – maklumat yang benar memberi manfaat kepada pembaca

c)    Saksama – bersifat adil dan neutral

d)    Nilai semasa – maklumat terkini

e)    Lengkap dan jelas – memberikan gambaran jelas dan lengkap mengenai sesuatu isu.



6.4 Mensintesis Maklumat Untuk Menghasilkan Bahan Bertulis

Proses mensintesis – peringkat menggabungkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan satu idea baru secara menyeluruh. Sintesis juga bermkasud menggabungkan dan menggubah idea. Mensintesis menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu.

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa saudari memadam komentar anda ada apa-apa permasalahan?
      :IMAN SOLEHAH:

      Padam
  2. Bagaimana kita hendak memastikan sumber rujukan yang diambil merupakan sumber rujukan yang boleh dipercayai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai liyana izzati, terima kasih untuk soalan tersebut

      Padam
    2. Bagaimana kita ingin pastikan sumber rujukan yang diambil merupakan daripada sumber yang boleh dipercayai?

      Pertama sekali pastikan sumber tersebut diperolehi daripada laman sesawang yang boleh disahihkan ketepatannya seperti laman web yang dihasilkan oleh pakar kepada sesuatu maklumat yang kita inginkan dan bukannya daripada laman blog kerana blog hanya merupakan pendapat bagi sesetengah individu itu sendiri dan tidak dapat dipastikan kesahihannya.

      Kedua pastikan maklumat tersebut relevan dengan peralihan zaman kita sekarang iaitu kita perlu mengambil maklumat yang dihasilkan dalam tempoh 10 tahun dari waktu kita sekarang. Sebagai contohnya kita kini berada pada tahun 2019, jadi sumber maklumat yang boleh dikira sebagai relevan adalah bermula dari tahun 2010 dan ke atas

      Namun, jika sesuatu maklumat itu merupakan fakta daripada bertahun-tahun lamanya tetapi masih tepat sehingga kini, maklumat tersebut dikira boleh diambil dan relevan. Sebagai contohnya, maklumat berkenaan jenis tulang pada tahun 1980 masih dikira relevan kerana maklumat tersebut masih lagi tepat sehingga kini.

      Selepas membaca ini, saya harap kamu dapat mencari maklumat seoptimum yang mungkin tanpa rasa ragu-ragu lagi.

      :Penulis : IMAN SOLEHAH:

      Padam
    3. Izinkan saya mencelah. Saya amat bersetuju dengan pandangan dan pendapat yang diberikan oleh saudari Iman.

      Saya juga ingin mencadangkan agar saudari menggunakan buku sebagai sumber rujukan. Buku sebenarnya merupakan bahan rujukan utama adalah masih relevan biarpun berhadapan dengan saingan ledakan teknologi maklumat. Hal ini kerana carian di Internet mungkin memberi akses pantas kepada bahan yang diperlukan, Namun harus diingat tidak semuanya memaparkan informasi yang benar dan tepat. Justeru, buku sama ada dalam format digital mahupun fizikal adalah sumber terbaik kerana diterbitkan mengikut tapisan serta pengawasan rapi.

      Diharap cadangan saya dapat membantu saudari dalam mecari maklumat yang benar dan tepat.

      Padam
  3. Apakah kaitan kemahiran memproses maklumat dengan penyediaan bahan bertulis? Boleh terangkan dengan lebih lanjut ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Fatin, terima kasih untuk soalan tersebut

      Padam
    2. Apakah kaitan kemahiran memproses maklumat dengan penyediaan bahan bertulis?

      Kemahiran memproses maklumat adalah langkah-langkah yang sistematik yang membantu kita menghasilkan nota (penyediaan bahan bertulis) yang lebih terperinci dan dalam skop yang lebih luas.

      Di sini saya akan cuba untuk ringkaskan cara kemahiran memproses maklumat dan penyediaan bahan bertulis.

      Langkah pertama, Menilai maklumat. Sebagai contohnya memastikan adakah maklumat yang kita perolehi sama atau tidak dengan pendapat atau fakta daripada sumber yang lain dan bukannya kita terus mengambil maklumat tersebut secara membuta tuli. Kemudian, selaraskan dengan pengetahuan sedia ada kita. Seterusnya, penting untuk kita pastikan tahun penerbitannya adalah relevan. Apakah itu relevan? Saya dah terangkan pada komentar di atas. Tambahan lagi, pastikan sumber yang kita ambil maklumat tersebut ditulis oleh individu yang bersesuaian dengan kelayakan akademiknya iaitu pakar dalam sesuatu bidang yang ingin mengetahui maklumat tersebut.

      Langkah kedua, sintesis maklumat. Pertama sekali, melakukan sumbang saran(brainstorming) sesama rakan, iaitu menyumbang maklumat yang sedia ada. Kemudian, baca bahan-bahan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat baharu. Seterusnya, bina nota dengan meringkaskan maklumat yang diperolehi dan kenal pasti idea-idea biasa. Dan akhir sekali, sintesis maklumat baharu dengan menulis nota baharu dengan menggunakan perkataan sendiri dan menggabungkan maklumat yang sedia ada dan maklumat baharu untuk mencipta nota yang lebih padat.

      Hasilkan, melalui kemahiran memproses maklumat, kita akan dapat menghasilkan nota(bahan bertulis) yang lebih berkualiti dan meluas.

      :penulis: IMAN SOLEHAH:

      Padam
    3. Terima kasih di atas penjelasan saudari. Adakah ini bermakna bahawa bukan sahaja pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi mampu mengamalkan konsep ini, tetapi konsep ini turut sesuai diamalkan di pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah ?

      Padam
  4. Apakah kesan positif keberkesanan kemahiran memproses maklumat dalam menghasilkan tugasan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara kesann positif keberkesanan kemahiran memproses maklumat dalam menghasilkan tugasan termasuklah :

      -Pelajar dapat berfikir secara lebih kreatif dan kritis

      -Nota yang dihasilkan lebih tersusun dan kemas

      -Maklumat dapat disampaikan secara lebih jelas, terperinci, dan koheren.

      -Mengetahuin dan menghasilkan maklumat baharu.

      -Pelajar dapat membuat nota dalam tempoh yang lebih singkat

      -Dapat menambah pengetahuan yang sedia ada

      :penulis: IMAN SOLEHAH:

      Padam
    2. Izinkan saya untuk turut sama memberikan pandangan saya.

      Mengenai kesan positif keberkesanan kemahiran memproses maklumat dalam menghasilkan tugasan, sebenarnya banyak manfaat serta kebaikannya. Seperti yang telah dinyatakan di dalam blog saudari iman di atas, seseorang pelajar yang menguasai kemahiran ini akan berkebolehan untuk melakukan teknik menganalisis, mentafsir, menilai dan mensintesis.

      Bagi teknik menganalisis, kesan positifnya ialah individu akan berupaya untuk menghubungkaitkan fakta, mensintesis data, membandingkan fakta, membaca maksud yang tersirat serta membuat kesimpulan.

      Seterusnya, bagi teknik mentafsir pula, individu dapat mengesan pola/corak berdasarkan maklumat yang diperoleh, menyatakan hubungan diantara maklumat, dan membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan.

      Selain itu, teknik menilai pula memberi kesan positif kepada individu dari aspek membandingkan fakta dan pendapat, menentukan kesahihan maklumat, menyemak kesesuai maklumat serta menentukan rujukan yang lebih relevan.

      Akhir sekali, teknik mensintesis pula membantu individu untuk menyediakan data yang lebih sistematik, memudahkan pemahaman, menghasilkan satu gambaran yang menyeluruh serta membantu untuk menggabung idea, menggubal idea dan menyatukan idea-idea.

      Diharap saudari jelas dengan penerangan saya berkaitan kesan positif keberkesanan kemahiran memproses maklumat.

      Padam
  5. Boleh terangkan macam mana untuk mensintesis maklumat bagi menghasilkan bahan bertulis? Saya kurang faham. Boleh sertakan contoh?

    BalasPadam
  6. Maafkan saya, izinkan saya bertanya.

    Bagi memastikan sesuatu maklumat itu sahih, adakah kita perlu menyemak latar belakang penulis tersebut seperti hal-hal yang berkaitan tentang kelayakannya, karya-karya lain yang pernah ditulisnya, dan kepakaran dalam bidang yang ditulisnya ?

    Jika perlu, boleh saudari terangkan mengapa ?

    BalasPadam
  7. Penulisan yang amat jelas dan menarik. Boleh saya bertanya, kemahiran menilai maklumat ini lebih sesuai digunakan di peringkat pengajian institusi tinggi sahaja atau turut boleh digunakan di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)

PENYESUAIAN SOSIAL