PENYESUAIAN SOSIAL
Penyesuaian Sosial
Penyesuaian sosial boleh didefinisikan sebagai satu proses mengadaptasi sesuatu keadaan. Penyesuaian sosial ialah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu. Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan. Seseorang pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan.
KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Kemahiran antara perseorangan atau kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan komunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu. Kemahiran interpersonal adalah berkait rapat dengan emosi. Kemahiran ini juga berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Selain itu, kemahiran ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti. Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993) kemahiran interpersonal merupakan keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka. Ianya merupakan komunikasi antara muka ke muka atau individu ke individu. Sebagai contoh, menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan kerjasama berkumpulan. Aktiviti ini akan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan hubungan sosial murid. Ianya juga terdiri daripada keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan sesuatu perkara iaitu memahami apa yang dirasai oleh orang lain. Keupayaan menerima idea dan pandangan seseorang terhadap diri sendiri dan berkaitan sesuatu perkara atau peristiwa juga amat penting. Individu yang memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi amat berminat untuk menyoal bagi mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai sesuatu perkara berkaitan dirinya dan orang lain. Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal contohnya konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ini akan membantu mewujudkan seseorang yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya. Menurut Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Hubungan sosial mula wujud ketika peringkat awal zaman kanak-kanak, zaman persekolahan dan sehinggalah memasuki alam pekerjaan. Kecerdasan interpersonal dimiliki juga penting kerana kemahiran ini melambangkan keperibadian seseorang itu. Biasanya, seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi pemimpin dan pandai memberi nasihat. Oleh itu, mereka yang mempunyai kecerdasan yang kuat dalam interpersonal boleh dijadikan tempat rujukan dan pemberi nasihat. Seseorang yang mempunyai kecedasan interpersonal mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea dan pendapat. Sebenarnya kecerdasan Interpersonal ini dapat dilatih melalui pergaulan antara individu yang berbeza umur, meminjamkan mainan dan berkerjasama dalam membuat sesuatu perkara. Menurut Gardner (1983), kebiasaanya kita hanya akan melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini di dalam situasi vokasional. Antara kerjaya yang melibatkan kecerdasan interpersonal adalah seperti guru-guru, pakar terapi, ahli politik, pemimpin organisasi dan lain-lain. Oleh itu, antara panduan untuk membentuk konsep kendiri yang positif ke atas individu termasuklah memastikan matlamat yang hendak dicapai adalah jelas, memastikan matlamat yang hendak dicapai adalah pratikal dan realistik dalam membentuk konsep kendiri, membuat keputusan sendiri dan bersedia menanggung risiko daripada keputusan yang diambil, mengimpikan hasil yang positif, membentuk kemahiran professional untuk mengukuhkan konsep kendiri, menggunakan kaedah sokongan dengan memberi ganjaran atau hadiah kepada diri sendiri di atas prestasi yang telah dicapai dan menerima hakikat kelemahan diri. Remaja
yang bakal meneruskan kehidupan dengan bahagia ialah remaja yang mempunyai
kemahiran khusus dalam arah kendiri atau interpersonal. Kemahiran arah kendiri ini membolehkan remaja untuk memotivasikan diri sendiri dalam usaha mencapai
matlamat dalam kehidupan mereka pada masa hadapan. Remaja sebegini
akan mampu bangkit semula apabila hidup mereka dipenuhi dengan pelbagai cabaran
yang membawa rasa kesedihan, kekecewaan dan kegagalan yang berulang kali.
Sebenarnya, remaja yang ada kemahiran arah kendiri akan melihat kegagalan atau
kesedihan sebagai satu proses kehidupan yang harus diharungi dalam kehidupan
manusia sebenar.
KEMAHIRAN INTRAPERSONAL

Kemahiran intrapersonal adalah kemahiran dan komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda sendiri. Kemahiran intrapersonal bermaksud keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri. Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya. Kemahiran ini membolehkan seorang individu mempelajari tentang perkembangan diri dari semasa ke semasa. Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, mereka dapat menentukan hala tuju kehidupan. Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu dan jika seseorang itu pelajar, mereka lebih selesa belajar secara bersendirian dan suka termenung. Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pelajar-pelajar untuk memperbaiki kemahiran intrapersonal termasuklah menyimpan jurnal atau diari, menghuraikan perasaan terhadap sesuatu mata pelajaran, menilai kerja sendiri, mengisi borang, menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami, menghuraikan kekuatan dan kelemahan sendiri, melaksanakan projek secara individu, menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri, membuat refleksi secara senyap dan menggunakan kemahiran memerhati atau memfokus. Kemahiran intrapersonal ini perlu ditingkatkan kerana dapat meningkatkan keyakinan diri, mengetahui kelemahan dan kelebihan diri, meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah yang dihadapi, mempunyai daya tahan yang tinggi ketika menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan, meningkatkan pencapaian akademik dan meningkatkan produktiviti dalam tugasan yang diberikan. Kemahiran
Intrapersonal banyak bergantung kepada kesediaan fikiran atau otak kita. Antara
aktiviti yang dapat membantu kita meningkatkan kemahiran intrapersonal adalah
dengan cara mengawal pemikiran kita iaitu apabila kita merasa risau atau
gementar, tarik nafas dan perlahankan pernafasan serta tarik nafas yang dalam
dan hembuskan perlahan-lahan. Seterusnya, kita perlu menumpukan perhatian dan
fokus kepada satu perkara sahaja dan secara perlahan sebelum tumpukan kepada perkara
yang lain. Seterusnya, pejamkan mata dan fikirkan tentang tubuh anda, bukan
kepada bentuk tubuh tetapi apa yang dirasakannya. Dengan perlahan kenali
seluruh tubuh anda dan rehatkan/tenangkan bahagian yang terasa tekanan atau
bebanan. Seterusnya, tetapkan masa 5,10,15 atau 20 minit. Pilih satu tajuk dan
fikirkan tajuk tersebut. Apabila fikiran mula menular, bawa kembali kepada topik
pertama kali melakukan aktiviti intrapersonal. Ini akan membawa anda berfikir
berapa banyak masa yang masih ada (Coates, J, 1986).
PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN

Komuniti pembelajaran boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi bersama serta saling membantu dalam proses belajar. Komuniti pembelajaran juga adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik. Komuniti pembelajaran adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik. Komuniti pembelajaran profesional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif. memperbaiki kemhiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.Tujuan pelajar sebagai ahli komuniti pembelajaran adalah untuk memastikan pembelajaran secara berkesan berlaku. Menurut MeMillan dan Cavis (1986), komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri berikut iaitu keahlian, pengaruh, memenuhi keperluan individu dan berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan. Dalam proses pembelajaran, perubahan tingkahlaku adalah akibat mendapat kefahaman daripada maklumat baru, latihan dan pengalaman. Pembelajaran berlaku secara disedari atau tidak disedari dan merupakan proses yang berterusan yang berlaku sepanjang hayat. Konsep komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku. Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian idea, perasaan saling bersaing secara sihat dan sebagainya. Penglibatan pelajar sebagai ahli komuniti pembelajaran sangat penting kerana pelajar dapat saling bertukar-tukar pendapat.
ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT

Perkongsian maklumat boleh dilakukan melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan perkongsian dalam kalangan pensyarah dan pelajar di institut semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P). Pengurusan ICT di sekolah ini tidak akan menimbulkan banyak masalah sekiranya kita mengetahui cara-cara serta langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi bahan-bahan ICT serta semua maklumat yang penting yang dikendalikan. Penggunaan ICT dalam P&P boleh dijalankan oleh semua guru dan juga dalam semua mata pelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul. Pada hari ini, kita dapati banyak bahan P&P yang boleh diperolehi daripada internet sama ada untuk diguna pakai dalam P&P atau untuk dijadikan rujukan bagi menambahkan maklumat kita sendiri. Semua bahan-bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. Kita juga boleh berkongsi maklumat-maklumat bersama pengguna-pengguna yang lain melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang tertentu. Pengetahuan yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT. Salah satu aplikasi tersebut adalah seperti penggunaan blog, yang sedang saya diperaktikkan ini,dengan penggunaan blog kita bukan sahaja dapat berkongsi dalam penyampaian maklumat tersebut, malah kita juga dapat berhubung secara terus bersama individu-individu yang menyalurkan maklumat tersebut. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan maklumat yang dikongsikan kita boleh berbincang atau bertanyakan individu tersebut secara terus. Inilah salah satu kemajuan dalam ICT yang dapat kita temui pada hari ini. Selain itu, penggunaan facebook juga membantu dalam proses berkongsi maklumat kerana facebook dapat menghubungkan pelajar dan pensyarah secara tidak langsung melalui komuniti pembelajaran, menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza daripada kelas biasa, meningkatkan interaksi antara pensyarah dan guru dengan pelajar dan sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web, dapat berkongsi nota-nota atau buah fikiran dari rakan-rakan yang lain, digunakan untuk muat naik gambar, memberikan tag nama kepada gambar, melihat orang lain, serta menulis komen dan anotasi gambar, boleh menyertai kumpulan topik perbincangan bagi memupuk kesedaran berkomuniti dan memberi peluang kepada pelajar yang menceburi bidang fotografi dan subjek seni.
ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi, dan status antara lelaki dan perempuan. Namun, peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan dan situasi di mana mereka berada. Di Malaysia, terdapat Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita. Antara tujuan dasar ini ditubuhkan adalah untuk membela dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti, meningkatkan penyertaan wanita dalam pengajian formal melalui program kaunseling kerjaya. Hal ini kerana dalam masyarakat terdahulu, peranan wanita adalah terhad sebagai pembantu (supporting role) kepada kaum lelaki. Namun, pada zaman sekarang wanita diberi hak yang sama dalam pelbagai aspek, misalnya pelajar lelaki dan wanita diberi peluang yang sama untuk meneruskan pendidikan mereka ke peringkat universiti. Buktinya, wanita telah mendominasi sistem pendidikan di Malaysia. Sebagai contoh, kemasukan pelajar baru ke IPTA dikuasai oleh pelajar wanita. Selain itu, rancangan Malaysia ke-10, jumlah pemegang ijzah pertama dikuasai wanita. Bagi pelajar lelaki, kegiatan yang negatif mungkin menyebabkan ramai pelajar lelaki yang tercicir dalam pendidikan.Ramai dalam kalangan remaja lelaki yang terbabit dalam kegiatan negatif ditangkap dan dimasukkan ke pusat serenti dan penjara juvana. Sehubungan itu, wanita sekarang mencari calon pasangan yang mempunyai kekukuhan kewangan.
RUJUKAN:
http://aifiqeh.blogspot.com/2018/10/penyesuaian-sosial.html
http://ovakemahiranbelajar.blogspot.com/2018/09/penyesuaian-sosial.html
VIDEO:
https://www.youtube.com/watch?v=q5QKQ4-bMfQ
https://www.youtube.com/watch?v=J6RD2uUX1Wc
https://www.youtube.com/watch?v=xrmoVXB-rhM
Apakah yang perlu dibuat sekiranya seseorang murid itu tidak mahu bergaul dengan murid-murid yang lain dan beranggapan penyesuaian sosial tidak penting dalam mencapat kejayaan akademik ?
BalasPadamMaaf, nama saya Fatin Afifah.
PadamPada pendapat saya, guru dan ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani masalah ini. Murid tersebut perlulah dirujuk kepada guru kaunseling agar dapat diberi pendedahan tentang pentingnya bergaul dengan rakan sekelas. Guru juga perlulah sentiasa memberikan perhatian mereka kepada murid tersebut dan sentiasa menjalankan aktiviti yang memerlukan semua murid bekerjasama antara satu sama lain. Seterusnya, ibu bapa perlulah sentiasa memberikan perhatian kepada anak- anak mereka yang mempunyai masalah untuk bergaul dengan murid lain. Sebagai contoh, ibu bapa boleh lah mengajak anak-anak mereka bermain di taman permainan agar mereka dapat bergaul dengan kanak- kanak yang lain. Ibu bapa juga boleh memberi nasihat kepada anak-anak mereka.
BalasPadamSeperti yang anda nyatakan di atas, salah satu langkah untuk membantu anak-anak dapat bersosial dengan baik adalah dengan ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anak-anak dan boleh mengajak mereka bermain di taman untuk membantu mereka bergaul dengan rakan-rakan sebayanya. Namun kita tahu pada masa kini, ibu bapa terlampau sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga anak-anak mereka terabai. Jadi pada pendapat anda, apakah idea yang dapat dikongsikan untuk mengatasi masalah anak yang mempunyai masalah penyesuaian sosial dan dalam masa yang sama mempunyai ibu bapa yang sibuk untuk menolong mereka.
Padam-Nurul Iman Solehah-
Pada pendapat saya, ibu bapa boleh menghantar anak- anak mereka ke kampung pada setiap hujung minggu. Tindakan tersebut boleh membantu anak-anak mereka yang mempunyai masalah penyesuaian sosial walaupun ibu bapa mereka sibuk dengan kerjaya mereka. Sebagai contoh, anak-anak mereka boleh bermain dengan sepupu mereka ataupun dengan budak-budak kampung di sana. Datuk dan nenek mereka juga boleh membantu anak- anak untuk bergaul dengan orang lain seperti membawa mereka berjalan-jalan di sekitar kampung. Lama kelamaan anak-anak akan dapat menyesuaikan diri dalam kalangan masyarakat
PadamBerdasarkan isu ini, saya merasakan bahawa masalah-masalah penyesuaian sosial sebenarnya timbul kerana individu itu sendiri. Hal ini kerana pada masa kini ramai ibubapa yang telah sedar akan masalah penyesuaian sosial yang seringkali menjadi buah mulut masyarakat dan telah mengambil tindakan yang sewajarnya seperti menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama, mendidik dengan baik dan mendedahkan ilmu agama kepada anak-anak sejak usia muda.
PadamNamun, anak-anak masih lagi cenderung untuk memencilkan diri mereka dari masyarakat. Atau lebih teruk lagi, ada juga yang melibatkan diri dalam gejala-gejala sosial kerana beranggapan mereka akan dianggap hebat oleh rakan sebaya dan lebih mudah untuk mereka bergaul dengan orang lain. Hal ini berlaku tidak lain dan tidak bukan adalah kerana jati diri mereka lemah. Dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk diterima masyarakat.
Boleh saya tahu antara kemahiran intrapersonal dan interpersonal yang manakah merupakan lebih baik bagi membantu pelajar mengadaptasikan diri untuk penyesuaian sosial dalam masyarakat?
BalasPadamMaafkan saya, nama saya Nurul Iman Solehah.
PadamKemahiran interpersonal yang banyak membantu pelajar dalam proses untuk mengadaptasikan diri dalam masyarakat
PadamSaya setuju dengan pendapat Liyana Izzati. Hal ini kerana kemahiran intrapersonal lebih merujuk kepada kemahiran dan komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda sendiri.
PadamSebaliknya, kemahiran interpersonal pula merujuk kepada keupayaan berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka. Oleh itu, kemahiran ini sesuai diadaptasi untuk penyesuaian sosial dalam masyarakat. Tambahan pula, individu yang memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi amat berminat untuk menyoal bagi mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai sesuatu perkara. Hal ini sekaligus dapat mendorong mereka untuk berkomunikasi dengan baik dan efektif dengan masyarakat.
Ulasan yang cukup menarik dan maklumat yang disertakan cukup difahami. Satu sahaja soalan daripada saya, adakah anda rasa isu gender dalam kecemerlangan akademik hanya menekankan yang peranan lelaki dalam dunia sekarang hanyalah bebanan kepada kerajaan sahaja iaitu kerajaan terpaksa memakan kos yang besar untuk menyediakan perkhidmatan pusat serenti kepada mereka yang ramai terlibat dalam gejala negatif.
BalasPadam-IMAN SOLEHAH-
Pada pendapat saya, kebanyakan lelaki pada zaman sekarang kurang cenderung untuk menjawat jawatan tinggi di dalam sesebuah organisasi kerana dimonopoli oleh kaum wanita. Hal ini menyebabkan ramai lelaki terlibat dalam gejala yang negatif contohnya mengambil dadah, merempit dan sebagainya. Mereka tidak mempunyai semangat berdaya saing untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam sesebuah organisasi berbanding dengan kaum wanita. Pada pendapat saya, kerajaan banyak membazirkan wang untuk kaum lelaki contohnya membina pusat serenti dan penjara. Kerajaan telah banyak membazirkan wang dengan membiayai makanan dan keperluan harian mereka sepanjang mereka tinggal di sana. Oleh itu, kaum lelaki perlulah ada sikap berdaya saing dan tidak malas membuat sesuatu perkara.
PadamIzinkan saya mencelah, pada pendapat saya isu gender dalam kecemerlangan akademik sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor.
PadamAntaranya termasuklah sikap individu itu sendiri. Kebanyakan kaum wanita lebih suka belajar dan kurang ego. Maka, mereka cenderung untuk berfikir jauh ke masa hadapan, dan memulakan langkah untuk mencapai kejayaan sejak di usia muda. Manakala kaum lelaki pula lebih suka menyelesaikan masalah dengan cepat tanpa menyelidik sesuatu perkara dengan lebih mendalam terlebih dahulu kerana mereka ego dan terlalu yakin dengan pendapat mereka sendiri.
Seterusnya, ada juga yang berpendapat bahawa pelajar lelaki lebih cenderung kepada bidang praktikal berbanding wanita yang lebih berdisiplin dan gemar menghafal segala fakta. Pelajar yang lebih menjurus kepada bidang praktikal tidak gemar duduk menghafal atau berbincang mengenai teori-teori. Di situlah bermulanya permasalahan ini.
Jika kita meneliti keadaan di peringkat universiti pula, nisbah pelajar lelaki kepada wanita ialah 30:70. Maka tidak hairanlah sekiranya lebih ramai golongan wanita yang menceburi bidang-bidang professional seterusnya menjawat jawatan yang lebih tinggi berbanding lelaki.
Maklumat yang agak padat dan menarik. izinkan saya bertanya apakah ciri-ciri jika seseorang pelajar itu mempunyai kemahiran intrapersonal?
BalasPadamAntara ciri yang ada pada pelajar yang mempunyai kemahiran intrapersonal termasuklah pelajar tersebut lebih cenderung untuk mempamerkan kebolehan berdikari mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Selain itu, pelajar tersebut adalah seorang yang lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat tanpa perlu menghebohkannya kepada orang lain. Seterusnya, pelajar yang mempunyai kemahiran intrapersonal ini lebih suka melakukan sesuatu hobi yang mempunyai keperibadian tertutup contohnya bermain puzzle.
BalasPadamBerdasarkan blog saudari, saya difahamkan bahawa antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pelajar-pelajar untuk memperbaiki kemahiran intrapersonal termasuklah menyimpan jurnal atau diari, menghuraikan perasaan terhadap sesuatu mata pelajaran, menilai kerja sendiri, mengisi borang, menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami dan seterusnya.
BalasPadamTetapi saya kurang faham, bagaimana aktivit-aktiviti ini sebenarnya membantu meningkatkan kemahiran intrapersonal ? Boleh saudari beri keterangan lebih lanjut ?